Persoalan tentang Pencipta (Tuhan) Allah

Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang terbatas pasti diciptakan oleh sesuatu yang lain. Sesuatu yang lain inilah yang disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.

Dalam menentukan keberadaan Pencipta ini akan kita dapati tiga kemungkinan.

  • Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain.
  • Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri.
  • Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud.

Kemungkinan pertama bahawa Ia diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. Dialah Allah.

Rujukan

WikiPedia: Allah http://www.biblebelievers.org.au/moongod.htm http://www.islam-info.ch/en/Who_is_Allah.htm http://sunni.abatasa.com/post/detail/9507/masalah-... http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/10/... http://www.arabbible.com/t-Allah.aspx http://www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14... http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/... http://www.christianpost.com/article/20070823/is-c... http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/... http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/...